Tuesday 27 March 2012

Jumpa dengan syg lagi

25.02.2012 
Seawal jam 4 pagi ayg dah bangun bab dah tak sabar nak bertemu dengan syg.Ayg minta tolong adik ayg & kawan adik ayg  menghantar ayg ke airport time tu tambahan plak durang nak pegi jogging di kaki gunung.Sampai jer ke airport ayg terus pegi ke balai berlepas.Hehehehe ayg dah tau dah nak masuk ke pintu balai berlepas.Tak payah lagi bertanya di kaunter imigresen tu.Bila ayg ingat kembali peristiwa ayg menaiki kapalterbang ke tempat syg ermmmmmmm ayg akan tersenyum sendiri la tau..Tak berulang lagi peristiwa tu.Hujan turun renyai-renyai time kapalterbang nak terbang ayg risau jua time tu.Dengan bunyi petir membuat kapalterbang bergegar sikit menambahkan lagi kerisauan di hati ayg ni.Aduh cepat-cepat la sampai ke destinasi ayg ni.Tengah ayg kerisauan ayg tengok pelancong dari korea mengambil gambar.Laaa durang tak risau ke dengan cuaca ni.Dalam hati ayg tertanya jua ''boleh ke ambil gambar time di awam biru ni?''ermmmmmmmm bukan main lagi durang snap sana sini dalam kapalterbang.Snap pemandangan di luar kapalterbang.Cantik pemandangan matahari terbit dari dalam kapalterbang.Sayang seribu kali sayang ayg tak sempat ambil gambar pemandangan tu.
Pagi tu syg bawa ayg jalan-jalan cari makan di bandar sambil mencari rumah sewa .ermmmmmmmmm peristiwa ayg tak dapat lupa ialah syg booking hotel.Sampai di hotel tu aduh Tuhan jer yang tau betapa tak selesa nak tinggal kat sana..Dengan aircon tak berfungsi dan tempat mandi nyer ermmmmmm tak payah la ayg nak komen.Sampaikan syg merajuk dengan keadaan hotel tu kita terus kuar tak balik-balik lagi ke hotel tu..Kita pindah ke hotel lain pulak.Yang ni hotel durang selesa dan ok.
Jeti

26.02.2012 
Syg bawa ayg pegi ke pulau Manukan & pulau ermmmmm ayg pun dah lupa nama pulau yang satu tu.Pulau Memutik kan syg.Seumur hidup ayg ni la pertama kali ayg pegi ke pulau mujur ayg tak mabuk laut.Dengan pukulan ombak nyer..dengan laut seluas terbentang  nyer..ermmmmmm sebenarnyer ayg takut tengok laut maklum la kan ayg ni bukan reti sangat nak berenang.Bila sampai jer ke pulau Ayg terpegun sangat melihat keindahan pemandangan di pulau..Lain ayg pegi lagi pulau ni.Ayg belum puas lagi menikmati keindahan pulau-pulau ni.

Pemandangan laut

Jeti pulau Memutik






Jeti Manukan


Petang tu syg bawa ayg pegi makan kelapa bakar & lokan bakar bab ayg ingin mencuba merasa ermmmmmmmmmmmmm sedap jua lokan bakar tu kan syg.Ayg tak biasa pulak makan kelapa bakar.Lain rasanyer.Malam tu syg bawa ayg sekali makan seafood  di gerai bab ayg belum puas lagi nak makan ikan bakar..sotong bakar..ketam bakar..ermmmmmmmmmm sedap terutama sambal pedas nya.Selesai makan syg bawa ayg pegi ke Perdana Park ermmmmmmmm nak tengok air muzik la konon nyer tapi tak sempat pulak.Ni menambahkan kehampaan ayg time tu.Kita terus jer balik dengan penuh kehampaan.
Malam tu tiba-tiba perut ayg rasa sakit ermmmmmmmm masuk ofis kecil dua tiga kali.Bila fikir balik kan naper kita minum kelapa bakar & lokan bakar hari panas mana tak kita sakit perut,syg.
Keesokan pagi time ayg nak balik,perut ayg masih lagi memulas-mulas sampai ke airport.Sempat jua ayg pegi ke ofis kecil di balai berlepas tu mujur jua ayg tak melepas dalam kapalterbang.Terima kasih syg bab membawa ayg pegi jalan-jalan cari makan di Pulau Manukan & Pulau Memutik.Lain kali syg bawa ayg pegi ke Pulau lain lagi.

Tuesday 20 March 2012

Cian nyer syg

ermmmmmmmmmmmmmmm dah berapa hari syg tak sihat membuat ayg risau pulak.Dah la syg seorang.Klu dah tak larat nak pegi keje,syg ambil MC jer.nak ayg tolong urutkan syg jauh nun di sana.

Sorry syg...ayg tak dapat nak urut syg time syg tak sihat..Ayg doakan syg sihat dan ceria selalu ek

Cuti bersama syg - Part 9

8 Februari Tak terasa dah seminggu ayg bersama syg di sini kan.ermmmmmmm sedih ayg bila ayg terpaksa meninggalkan syg kesorangan di sini.Tak apa la syg nanti ayg akan datang ke sini lagi ek.syg tunggu kedatangan ayg.Sampai di airport sibuk nak wat boarding pass ermmmmmmm masalah pulak dengan mesin tu.Terpaksa ayg pegi ke kaunter Airasia.Sambil menunggu masa nak berangkat ayg & borak tiba-tiba ayg ditegur oleh member ayg ermmmmmmmmm tergendala kejap ayg berborak dengan syg..Ayg sempat jua menjeling muka syg.Syg nak marah ek..
Semasa nak masuk ke balai berlepas ada ke patut member ayg tak tahu mana pintu ke balai berlepas.Dengan selamba nyer member ayg pegi ke arah entah arah mana ayg pun tak tahu tiba-tiba Polis Airport memanggil kami berdua '' Cik2..mana mau pegi?member ayg jawab dengan selamba jer dengan muka tersenyum "bukan pegi sana ka?Hehehehe aduh ayg ingatkan member ayg tahu rupa-rupanya dia pun macam ayg jua.Sambil tersengih-sengih ayg & member ayg patah balik menuju ke pintu balai berlepas.
Time Ayg menuju ke kaunter imigresen ayg tercari-cari syg tapi syg dah balik..ermmmmmmmm agak nyer syg dah balik.Bila ayg masuk balai berlepas ayg terus jer call syg.Ayg tau syg sangat sedih time tu.Dalam hati ayg berkata '' mesti syg menangis bila tengok ayg nak balik'' ermmmmmmmmmm jangan sedih syg,di hati ayg ni hanya syg bertakha di hati ayg ..Masuk  jer ke kapalterbang ayg asyik teringatkan syg..teringatkan syg menangis..teringatkan wajah sedih syg..teringatkan segala kenangan manis kita berdua..Syg jangan risau ayg akan sentiasa bersama syg bila ayg ada masa terluang

Selamat sampai ke airport bandaraya tanah tumpahku.

Friday 16 March 2012

Cinta Terindah




Tak pernah aku jauh darimu
Meninggalkan cinta kita
Tak pernah aku meluka hatimu
Perasaan dan jiwamu
Segalanya telah ku serah
Hanya engkau terindah
Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan untuk dicintai
Ku tahu kau mahu ada di hati
Untuk didampingi untuk disayangi

Tiada yang lain selain dirimu
Kekal tinggi di hatiku
Tiada pengganti yang mampu ku cari
Yang secantik diri kamu
Cinta ini untuk dirimu
Rasa ini untukmu


Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan untuk dicintai

Thursday 15 March 2012

Cuti bersama syg - Part 6..Part 7..Part 8


 9 Feruari...
Tiada apa-apa aktiviti pada hari ini bab syg turun keje..Pagi tu ayg & adik ayg tengok citer kat Astro sambil-sambil on9..Terima kasih syg bab hantar breakfast untuk ayg & adik ayg [ hehehehe..nampak sangat ayg malas nak beli makanan,ermmmmmmmmmmm sori menyusahkan syg jer ayg ni].Pagi sampai petang  keje ayg & adik ayg.. makan..on9..tidur..makan..on9..tidur sampai la syg balik keje...

10 Februari..
ermmmmmmmmmmm tiada aktiviti ayg & adik ayg cuma seperti biasa tengok Astro & on9 dari pagi sampai ke petang tapi ayg & adik ayg tak bosan lepak di rumah syg..Ayg & adik ayg dah biasa dalam situasi macam ni..Rumah syg tenang & sunyi best untuk tidur.Petang tu kita pegi ke bandar bab keesokan hari nyer adik ayg dah nak balik..ermmmmmm malam tu adik ayg ikut adik ayg yang sorang lagi jadi tak payah la syg & ayg hantar adik ayg ke airport keesokan hari nyer..Best dapat berdua dengan syg..
11 Februari...
Ermmmmmmm jam 12 malam syg nak ambil kakak & family kakan syg di airport..Kasihan ayg tengok syg sorang jer pegi ke airport tanpa ditemani oleh ayg.Klu ayg ikut nanti tak muat plak kereta syg..Ayg dapat teman sampai ke kereta jer..Agak-agak nyer jam berapa syg balik ayg tak perasan pulak maklum la ayg mengantuk time tu..malam tu syg bagitau kakak syg nak jalan cari makan.Pagi tu kita bersama kakak & family kakak pegi lagi ke Kinabalu Park Complex dan Poring Hot Spring sambil membeli souvenir sebagai kenangan.
Malam tu syg bawa family kakak syg  pegi makan seafood di Bandar ermmmmmmmm sedap jua masakan seafood kat gerai tu kan tapi ayg tak la makan sangat.Ayg masih kenyang time tu..Dah tak dapat nak isi perut ayg malam tu.Terima kasih kat family kakak syg bab belanja ayg makan seafood.Hehehehe lain kali belanja lagi ek..

Cuti bersama syg - Part 5


8 Februari 2012..
Ermmmmmmmmmmmmmm kerana kepenatan semalam kita lambat bangun pagi kan syg.adik ayg teringin  nak pegi ke Bandar L.Pagi tu kita mengejar masa menuju ke pelabuhan bab syg bagitau feri berangkat pukul 8 pagi & 10 pagi.Sepanjang perjalanan itu syg cite ada gerai menjual Bakso yang sedap di tepi jalan bab ayg teringin sangat nak makan tapi kita terpaksa lalu jer. kita dah lambat nak pegi ke pelabuhan feri tu.Sampai di tempat ditujui ermmmmmmmmmmmm hampa kerana kita dah terlepas untuk menaiki feri.Tak apa la kan syg lain kali jer kita ke Bandar L.Pagi tu kita sempat breakfast di  kawasan pelabuhan tu jer..Dah tak tau nak pegi ke mana syg bawa kita pegi lepak-lepak kat waterfront sambil melihat pemandangan indah dengan deruan ombak yang memukul pantai [ ada ke ombak dapat memukul pantai ermmmmmmmmmmm memang menangis la pantai tu bab asyik kena pukul ombak].Sedang asyik santai-santai di waterfront cuaca pulak mencemburui kita.Laaaa ni yang tak best nyer naper cuaca ni asyik cemburu kat kita jer pegi la kat tempat lain.
ermmmmmmmmm hujan la syg

Oleh kerana keterpaksaan kita pun balik.Semasa dalam perjalanan balik tiba-tiba pulak perut adik ayg meragam ermmmmmmmmm mana nak berhenti ni.Pandang kiri semak pandang kanan samun jadi la semak samun..Tiada tempat untuk adik ayg melepas.Hehehehehe nampak gaya terpaksa la adik ayg menahan rasa sakit perut nyer dengan bermacam-macam cara.wat simpul kat hujung baju la..wat kaki bersila la..wat apa-apa yang patut janji sampai rumah syg.Dah la time balik rumah syg hujan pulak turun dengan lebat sampaikan teddy syg memandang kat luar.ermmmmmmmm agak-agaknya teddy susah hati tu,syg..Susah hati mengenangkan nasib dirinyer kot..semalam ada tak syg peluk teddy syg..Tengok tu sampai merajuk teddy syg tu.
teddy tengah susah hati



















Masa masih muda syg bagi cadangkan kita pgi ke bandar..ayg sebenarnya memang nak ajak syg pegi bandar bab hari ini kan birthday syg kan..ayg nak celebrate birthday syg di tempat yang romantik sambil membisikkan kata-kata cinta untuk syg..Sepanjang perjalanan menuju ke bandar hujan membasahi bumi yang ketandusan air [ hehehehe kalau salji turun kan best kan syg,dapat jua kita bermain dengan salji tu].Sampai di bandar kita membawa adik ayg melihat pemandangan senja waktu petang..ermmmmm ayg tetap memuji keindahan waktu petang walaupun berapa kali syg bawa ayg ke tepi pantai tu..
pemandangan di waktu petang

teddy syg

Kesempatan ni jua kita pegi tengok wayang ' Journey 2' tapi terpaksa menunggu untuk masuk ke dalam wayang.seronok tengok movie tu kan syg..citer yang tak membosankan dari permulaan citer hingga ke penamatan citer tu..ermmmmmmmmm nak lagi tengok movie bersama syg.ayg tak puas rasa nya nak berdua-duaan dengan syg [ sebenarnya bukan berdua kita kan ayg ada membawa bodyguard].

Selesai tengok movie 'Journey 2' kita terus balik ke rumah syg yang mengambil masa 2 jam..ayg kasihan tengok syg driving klu ayg tahu driving kereta syg ermmmmmmmm gerenti ayg akan driving.Sori syg dah la syg kepenatan & mengantuk time tu.Sampai di rumah jer kita terus merehatkan diri bab keesokan pagi nyer syg turun keje...












Wednesday 14 March 2012

Webcam syg


Add caption

ermmmmmmmmmm lama tak webcam dengan syg..ayg rindu sangat saat-saat kita dapat webcam..ayg dapat tengok muka syg..syg dapat tengok muka ayg..ni semenjak tak dapat webcam dengan syg sunyi nyer rasa hati ni..bila keadaan dah ok nanti kita webcam lagi syg..

Tuesday 13 March 2012

Cuti bersama syg -Part 4

7 Februari seawal jam 6 pagi kita dah bangun.Ermmmmmmmmm ayg masih mau tdo lagi syg tapi demi hendak  mengejar pemandangan pergunungan Kinabalu,ayg,syg & adik ayg terpaksa bangun awal jua kan.Klu tak alamat tak dapat la kita mendapat mengambil gambar pemandangan yang indah di pergunungan Kinabalu almaklum la nanti kabus tebal..Sepanjang perjalanan ke pergunungan Kinabalu sempat  jua kita mengambil gambar...Cantik sungguh pemandangan ini kan.Ayg belum puas lagi menikmati keindahan Gunung Kinabalu.Ayg nak pegi la syg..Sempat jua kita berhenti di tepi jalan untuk mengambil gambar pemandangan Gunung Kinabalu
Tempat persinggahan kita untuk ambil gambar


pemandangan yang indah


gunung kinabalu



pemandangan jauh gunung kinabalu

Sampai di Kinabalu Park Complex jam 8 lebih sejuk cuaca pagi tu kan syg tapi kerana hendak merasa suasana sejuk ermmmmm kita 3 redah jer kan...Terima kasih syg kerana sudi membawa ayg & adik ayg ke tempat ini.Tanpa syg,ayg tidak dapat jalan-jalan cari makan sampai ke Kinabalu Park.Hehehehhe  time sampaike Kinabalu Park tu ayg sebenarnya lapar tapi bila melihat  pemandangan kat situ ermmmmmmmmm hilang pulak rasa lapar.Memandangkan kita breakfast pagi tu jadi syg cadangkan kita kat Balsam Restoran sambil menikmati suasana yang aman & damai.Selesai jer breakfast ayg & adik ayg sempat lagi mengambil gambar dengan macam-macam aksi muka funny..Hehehehhee sorry ek syg bab ayg & adik ayg buat muka funny depan restoran tu.Harap syg x segan jalan dengan ayg & adik ayg time tu.Setelah puas gambar sakan kat Kinabalu Park kita pun balik.Lama-lama kat situ pun tidak guna jua.Klu ada aktiviti mendaki gunung ok jua.Hehehehhee klu mendaki gunung ayg serender la syg.Belum sampai ke puncak gunung ayg dah pengsan  Buat masa ni Kita ambil gambar jer bab nak tunjuk kat family ayg 7 kawan-kawan ayg jer.Ada bukti ayg menjejaki kaki kat lereng gunung kinabalu walaupun tidak ke puncak nya..kan syg...

gambar yang syg snap


gambar yang syg snap
gambar yang syg snap

gambar yang syg snap
Desa Cattle Farm
Syg bagitau syg nak bawa ayg pegi ke Desa Cattle farm ladang ternakan lembu yang mengeluarkan susu segar ek.Klu time lembu tu dilepaskan untuk makan rumput dalam cuaca yang sejuk rasa-rasa macam  di New Zealand ek syg tapi sayang seribu sayang masa kita pegi kat sana lembu-lembu tu tengah rest kot..Hehehehe ayg rasakan lembu-lembu tu tengah warm up dalam kandang sebelum membuat persembahan kan syg..Bila tanya kat pekerja yang bertugas tu dia bagitau jam 3 petang durang bagi makan kat lembu-lembu tu ermmmmmmmmm nampak nyer kita tak dapat lah nak tunggu kan syg..Masa sangat cemburui kita bukan kita cemburu masa.Terpaksa la kita meninggalkan tempat tu dengan perasaan hampa.Tak pa la lain kali syg bawa ayg kat sini lagi ek.Selamat tinggal Desa Cattle Farm lain kali kita jumpa lagi di masa akan datang..
gambar ayg  ambil dalam internet
Sempat jua syg menunjuk Resort yang syg pernah pegi dulu.Cantik sangat tempat tu kan syg dengan patung mickey mouse nya di entrance Resort tu.Ermmmmmmmmmm klu pegi honeymoon kat resort itu kan best.Ambil kesempatan bergambar sakan walaupun kita tidak masuk ke dalam resort tu bab nak naik menggunakan kereta syg amatlah payah almaklum lah kan jalan menuju resort tu berbukit.Syg bagitau syg belum confidence  memandu naik bukit jadi kita biarkan saja niat nak masuk ke dalam resort tu.
World Resort


Pemandangan yang sempat adik ayg ambil di Dream World Resort..Cantik pemandangan tu kan syg..ambil kesempatan ayg upload gambar pemandangan ini.









Untuk menghilangkan rasa kehampaan di hati kita,syg bawa ayg & adik ayg  pegi ke Kudasang War Memorial.Hehehehehe bukan ayg jer x pernah pegi rupanya syg pun belum pernah masuk ke tempat tu ek..Nampak nyer kita 3 jadi pelancong  kat negara sendiri kan syg.gambar semua ni ayg pinjam dari camera syg..sori ek ayg pinjam gambar syg...Best jua tempat ni kan..siapa-siapa yang suka sejarah malaysia pasti tak rugi kalau pegi kat sini..Paling ayg suka tengok kat tempat bersejarah tu ialah 1 notis yang bertulis 'TOLONG JANGAN PIJAK SAYA NANTI SAYA MATI'.ermmmmm unik tapi antik perkataan tu kan syg..ayg pun nak letak notis macam tu kan atas kereta ayg la..kereta ayg ni asyik kena berak burung jer..







unik tapi antik



Selesai jer menjejaki kaki ke Kundasang War Memorial kita pun nak pegi ke Poring Hot Spring..ermmmmmmmm syg dah lupa jalan pegi ke Poring hot spring tu tapi demi nak ke sana syg teruskan jua..Ayg puji la kat syg bab akhirnya temu jua jalan ke tempat tu kan syg kan..kalau ayg sampai ke sudah la tak jumpa-jumpa jalan ke Poring Hot spring tu syg.Poring Hot Spring tukar jadi Boring Cool Winter dibuat ayg nanti..Masuk jer ke tempat tu kita 3 terus cari tempat nak berehat sambil melihat gelagat manusia..Ermmmmmmmmmmm Ambil kesempatan untuk merendam kaki di kolam tapi kan syg kita masih redah jer rendam kaki kan..ada kah patut kita rendam kaki di tempat yang paling panas sekali dalam keadaan cuaca panas.Syg bayangkan..Patut la orang lain memerhatikan kita bertiga.Agak-agaknya dalam fikiran mereka tu kita ni terer sangat merendam kaki kat tempat paling panas tu kan.Durang tak tahu betapa panas & sakit nyer kaki kita bertiga masa tu kan..kita wat bodo jer la kan syg..Berpeluh-peluh ayg merendam kaki ayg.ayg tengok syg & adik ayg pun berpeluh-peluh jua.Sayang seribu sayang kita tak mandi kat kolam tu kan kalau tak bertambah segar la badan kita.Tapi ayg gerenti badan kita mesti kemerah-merahan punya macam udang kena masak.. 

Poring Hot Spring


ayg & syg



























Sempat jua kita singgah beli souvenir di gerai tepi jalan untuk dibawa balik rumah..Adik ayg beli banyak jua souvenir masa tu tapi ayg tak..Ayg ni tak pandai nak cari & beli souvenir bila tengok barang banyak sangat sampai ayg tak tahu nak pilih yang mana satu.Sori syg..ayg tak beli apa-apa souvenir untuk syg..Lain kali ayg beli khas untuk syg ek.Selesai jer menjelajah  Ranau walaupun tak sepenuhnyer ayg berasa seronok sekali..Ayg belum puas lagi nak pegi ke tempat tu.Lain kali ayg nak pegi lagi bersama syg ek..Tiba masa nak balik ke bandar hujan la plak turun mujur la hujan tak lebat sangat kalau tak susah mahu bergerak.Tapi oleh kerana kecekapan syg memandu akhirnya kita pun sampai ke bandar dengan selamat nyer.Sampai di bandar ayg berjanji pegi  makan bersama adik ayg yang bekerja kat bandar ni kat sebuah restoran.ermmmmmmmmmm makanan tak berapa ok la syg tapi kerana kelaparan ayg makan jer.Selesai makan kita singgah sekejap kat rumah adik ayg sebelum balik ke tempat tinggal syg..Perjalanan masa jauh lagi kan syg..ayg kasihan tengok syg kepenatan memandu & ayg tengok syg mengantuk..ermmmmmmmm ayg nak nyanyi lagu rock untuk syg time tu tapi ayg pun kepenatan jua.Dah la siaran radio kurang jelas dalam perjalanan menuju ke rumah syg.Sampai jer ke rumah kita bertiga pun berehat & bergilir-gilir mandi.Selesai mandi sempat jua tengok gambar yang kita ambil pagi tadi.Seronok tengok gambar-gambar yang syg ambil tu macam jurugambar profesional.Oleh kerana kepenatan rasa mengantuk la plak.
Ermmmmmmmmmmmm tengah syok nak tidur tiba-tba syg terima sms dari kawan-kawan syg..syg bagitau kawan-kawan syg wish birthday kat syg..ermmmmmmmmmmmm geram nyer ayg time tu tauk.Ayg tengok jam belum pukul 1200 malam kawan-kawan syg dah wish birthday kat syg..Ini tak boleh jadi ni ayg nak ayg orang yang pertama wish birthday kat syg tepat jam 12 malam tapi hampa nyer ayg malam tu..Ayg dah plan nak letak hadiah kat atas meja syg malam tu biar syg surpise keesokan pagi ni.ermmmmmmmmmm nampak nyer plan ayg tak menjadi malam.Jadi ayg bagi hadiah tu malam tu jua kat syg tepat jam 1200 malam dah tukar tarikh tu kan syg.Harap syg suka hadiah yang ayg bagi kat syg..Hadiah ikhlas dari hati ayg untuk syg..Kasih sayang yang ayg curahkan hanya untuk syg seorang..
Hadiah untuk syg

cantik tak pemberian ayg ni

cincin ayg & syg disatukan



HAPPY BIRTHDAY SYG..AYG LOVE SYG